Balik dari Casa Bayu Ruat, abang AA kita menyuarakan hasrat untuk kami potluck bersama-sama di kawasan berhampiran pantai bagi merehatkan diri, dan dari situ maka bermulalah perancangan kami untuk ke Pantai Merdeka Resort ini dengan family KH menginap di sini.
Sampai ja ke lokasi, ibu-ibu segera menyediakan makanan yang kami masak dari rumah masing-masing hidangan untuk potluck sekeluarga, penuh laukpauk menghiasi tikar. Anak2 pula seperti biasa kalut dengan aktiviti sementara laut masih belum pasang penuh untuk mandi dan menjala ikan, ketam, udang dan sebagainya.
Makanan dah tersedia, tunggu apa lagi, jommmm, pelbagai lauk pauk disediakan, dengan angin laut yang bertiup lembut membuka selera.
Santai sungguh bang AA kita, siap lena pulak tu.
Selesai ja check in, anak-anak mula mencari bapa2 mithali mereka menemankan mandi di kolam resort. Berkumpullah bapa2 mithali membasahkan diri menemani anak-anak bergembira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan