Jumaat, 21 September 2018

Reunion Casa Bayu Chalet, Yan




Salam sejahtera, Team Ronda kembali aktif tahun ini dengan perancangan semula aktiviti percutian ringkas bersama keluarga, Tempat yang dipilih tahun ini agak jarang diketahui awam, tetapi beruntungnya kami kerana tempahan yang dibuat segera berjaya setelah lokasi ini mula diviralkan di laman fbgroup tempatan menyebabkan tempahan utk tahun ini ditutup  dalam tempoh sehari kerana memenuhi kuota.Maka bermulalah perjalanan kami pada tarikh 8/9/2018 dalam keadaan hujan pada hari tersebut.

Kami tiba di lokasi kira-kira jam 2 petang. Sampai je di sini kami bergegas mengeluarkan bekalan makanan tengahari yg dibawa, perut dah lapar, maka penyediaan makanan pun berjalan dgn cepat dan lancar.



Antara menu yang disediakan adalah seperti ikan cencaru goreng sambal, ayam masak merah, ayam masak lemak cili padi, sambal ikan bilis, kari ikan paktipok, sayur goreng, telur dadar, sambal belacan dan ulam serta pelbagai lagi juadah makan tengahari yang sungguh lazat.


Kelihatan masing-masing x sabar lagi memenuhkan perut dgn pelbagai hidangan yang disediakan istimewa dari dapur rumah masing-masing untuk dijamah bersama-sama.









Selesai menjamu selera disertai dengan cuaca yang nyaman, maka masing-masing tidak sabar pagi menyejukkan badan di kolam yang terdapat di sini.




Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa juga tidak melepaskan peluang memanjakan diri di kolam mandi bersama keluarga dan rakan-rakan.












Kegembiraan yang dikongsi bersama di sini merapatkan lagi semangat kekeluargaan.







Puas mandi manda, sementara menunggu ketibaan malam, maka berduyun-duyunlah gerombolan kami ke tepi pantai bagi merakamkan keindahan saat-saat matahari terbenam.





Perut yang mula berkeroncong kembali membuatkan kami mula bergerak aktif menyiapkan hidangan BBQ. Perapan sotong harimau dan ayam dengan perencah BBQ Panggang Merah Shazmi kelihatan begitu menyelerakan walaupun belum dipanggang lagi.


















Kenyang perut suka hati.. begitulah aktiviti malam kami dirancakkan lagi dengan sesi men#sumbangkan suara tanpa segan bagi melancarkan perjalanan usus perut yang kekenyangan. Pelbagai aksi menghiburkan dapat ditatap dan meninggalkan kenangan manis apabila pulang nanti.






Yang paling menyentuh perasaan adalah pabila bang yudien mempersembahkan sebuah miming clip di mercu tanda Casa Bayu Chalet.

Malam yang masih bersisa dengan air laut yang mula pasang diteruskan lagi dengan aktiviti memancing dan menjala ikan, anak-anak kelihatan begitu gembira mengutip hasil laut yang dapat ditangkap seperti ikan belanak, lidah, sembilang dan udang.



Sedar tak sedar, rupanya telah pun larut malam, masa untuk merehatkan badan bagi menyambung aktiviti keesokan harinya. Sebelum merehatkan diri, kelihatan juga pemandangan kawasan Casa Bayu yang indah dihiasi lampu berwarna-warni menceriakan pandangan.











Malam itu diakhiri dengan hujan lebat menemani tidur kami yang dibuai mimpi indah sepanjang malamnya.



Keesokan paginya, perkara paling awal yang berada di fikiran adalah menyediakan sarapan pagi yang lazat. Menu kami pagi ini adalah tomyam dan sup cendawan untuk dinikmati bersama nasi panas dan maggi. Menu ringkas ini mudah dan cepat untuk disediakan, x perlu tunggu lama untuk sama sama menikmati sarapan yg enak.








Selesai saja sarapan pagi, masing-masing meneruskan apa yang masih sempat dibuat seperti memancing, bergambar di tepi laut, berenang di kolam, mengemas alatan,membasuh semua peralatan memasak, mengumpul sampah untuk dibuang dan sebagainya.







Tibalah masa untuk kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kami berkumpul bersama bagi mengabadikan kenangan indah di sini untuk dibawa pulang dalam ingatan. Diharapkan percutian ini membawa semangat kekeluargaan dan tolak ansur yang semakin rapat untuk kita bawa ke percutian seterusnya selepas ini.



 Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah menghilangkan dahaga di Ladang Nira Nipah Ismail Che Kaq bertempat di Kuala Sedaka.
Memang lazat nira yang terdapat di sini hinggakan ada yang pertama kami meminum nira dapat menghabiskan bergelas-gelas kerana terpukau dengan keenakannya.






Maka berakhirlah program sahabat dan keluarga untuk hari ini. Diharap untuk trip seterusnya kita akan dapat sama-sama bergabung lagi bagi menjayakan percutian seterusnya.














Tiada ulasan:

We Love Tuba Island

...