Percutian sulung sekeluarga hari ni disertai oleh keluarga Hazman, keluarga Radhi, keluarga Abg Shukri, keluarga Hazril dan keluarga Kak Azalina dan tetamu istimewa bang Dudien.
Lebih kurang jam 10 pagi kami masing-masing bertolak dari Jitra ke lokasi percutian, dah tak sabar rasanya.
Sebelum tiba, kami singgah di gerai menjual siput berhampiran jambatan semeling mencari beberapa kilogram lokan utk sesi bbq malam nanti. Bermacam jenis siput dijual di sini, lokasi yang kaya dengan hasil seafood yg masih hidup dan berkualiti.
Akhirnya, kami tiba di lokasi sekitar jam 11.30 tengahari dan bergegas utk loading barang ke dalam chalet kerana mengejar waktu solat Jumaat.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Chalet yang kami sewa agak luas dan selesa dengan tiga bilik dan satu ruang tamu berhawa dingin sepenuhnya.
Setibanya di sana,kami beramai ramai menyiapkan hidangan untuk makan tenghari sementara menunggu solat Jumaat.
Saudara Radhi akhirnya tiba bersama keluarga, gembira anak -anak beliau nk mengajak mak ayah tidur bersama kami di sini . Apakan daya kesempitan waktu memaksa mereka pulang segera malam nnt kerana ada aktiviti keluarga keesokan harinya.
Memancing merupakan agenda utama walaupun saiz yang diperolehi tak menjamin perut kenyang seharian hehehe.
Setelah puas menikmati pemandangan bakau, tiba saat untuk menikmati minuman petang ditemani hembusan angin muara yang nyaman.
Setelah semuanya kekenyangan, malam dihabiskan dengan berbual tentang kenangan kenangan manis sepanjang berada di mrsm sebelum akhirnya masing masing membawa diri setelah tidak tahan lagi bersengkang mata menjelang dinihari.
Keesokan harinya , sarapan disediakan oleh Chef dibawa khas dari Gerik, nasi goreng ikan pekasam, telur dadar dan karipap bersama teh panas.
Hasil menahan bubu , dapatlah seekor anak kerapu.
Sedar tak sedar, masa untuk bertolak pulang dh tiba, ikan terakhir sebelum kami bergegas mengemas barangan.
Dah nak checkout, banyak sangat barang dibawak , kami keluar lewat dah dekat kul 1 dah, terimakasih tuan punya chalet.
Sesi berfoto kenangan sebelum pulang, keluarga abg shuk dan dudien bergegas balik awal kerana menghadiri majlis kenduri kahwin.
Dalam perjalanan pulang, sempat juga kami singgah menghilangkan dahaga di Ladang Nipah Kuala Sedaka. Puas meneguk nira nipah segar disulam dengan laksa dan kacang goreng.
Diharap semuanya pulang dengan membawa kenangan manis, Diharap hubungan baik yang terjalin akan membawa kita ke lokasi seterusnya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan