Salam sejahtera, Team Ronda kembali aktif tahun ini dengan perancangan semula aktiviti percutian ringkas bersama keluarga, Tempat yang dipilih tahun ini agak jarang diketahui awam, tetapi beruntungnya kami kerana tempahan yang dibuat segera berjaya setelah lokasi ini mula diviralkan di laman fbgroup tempatan menyebabkan tempahan utk tahun ini ditutup dalam tempoh sehari kerana memenuhi kuota.Maka bermulalah perjalanan kami pada tarikh 8/9/2018 dalam keadaan hujan pada hari tersebut.
Kelihatan masing-masing x sabar lagi memenuhkan perut dgn pelbagai hidangan yang disediakan istimewa dari dapur rumah masing-masing untuk dijamah bersama-sama.
Selesai menjamu selera disertai dengan cuaca yang nyaman, maka masing-masing tidak sabar pagi menyejukkan badan di kolam yang terdapat di sini.
Kegembiraan yang dikongsi bersama di sini merapatkan lagi semangat kekeluargaan.
Puas mandi manda, sementara menunggu ketibaan malam, maka berduyun-duyunlah gerombolan kami ke tepi pantai bagi merakamkan keindahan saat-saat matahari terbenam.
Perut yang mula berkeroncong kembali membuatkan kami mula bergerak aktif menyiapkan hidangan BBQ. Perapan sotong harimau dan ayam dengan perencah BBQ Panggang Merah Shazmi kelihatan begitu menyelerakan walaupun belum dipanggang lagi.
Yang paling menyentuh perasaan adalah pabila bang yudien mempersembahkan sebuah miming clip di mercu tanda Casa Bayu Chalet.
Malam yang masih bersisa dengan air laut yang mula pasang diteruskan lagi dengan aktiviti memancing dan menjala ikan, anak-anak kelihatan begitu gembira mengutip hasil laut yang dapat ditangkap seperti ikan belanak, lidah, sembilang dan udang.
Malam itu diakhiri dengan hujan lebat menemani tidur kami yang dibuai mimpi indah sepanjang malamnya.
Selesai saja sarapan pagi, masing-masing meneruskan apa yang masih sempat dibuat seperti memancing, bergambar di tepi laut, berenang di kolam, mengemas alatan,membasuh semua peralatan memasak, mengumpul sampah untuk dibuang dan sebagainya.
Tibalah masa untuk kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kami berkumpul bersama bagi mengabadikan kenangan indah di sini untuk dibawa pulang dalam ingatan. Diharapkan percutian ini membawa semangat kekeluargaan dan tolak ansur yang semakin rapat untuk kita bawa ke percutian seterusnya selepas ini.
Memang lazat nira yang terdapat di sini hinggakan ada yang pertama kami meminum nira dapat menghabiskan bergelas-gelas kerana terpukau dengan keenakannya.
Maka berakhirlah program sahabat dan keluarga untuk hari ini. Diharap untuk trip seterusnya kita akan dapat sama-sama bergabung lagi bagi menjayakan percutian seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan